Sinopsis Jodoh Syaitan

Mengisahkan tentang Megat, seorang pemuda kampung yang sering menemui kegagalan dalam percintaan dan diminta ibunya untuk pulang ke kampung kerana ingin mengahwinkannya dengan seorang gadis bernama Mawar. Pada masa sama, Tok Chai bersama dua pengikut setianya yang juga kawan Megat di kampung iaitu Awang dan Kulup sedang sibuk mencari mayat untuk dipaku, dengan harapan ia hidup semula untuk dijadikan isteri kepada Tok Chai bagi memenuhi hawa nafsunya.